Kerjaya Maya Hawke

Peragaan

Seperti ibu dan neneknya, Hawke bermodel untuk Vogue pada awal kerjayanya.[3][16] Beliau dipilih sebagai wajah koleksi peruncit fesyen British AllSaints 2016/2017.[7] Pada tahun 2017, beliau membintangi sebagai salah satu daripada beberapa wajah dalam kempen video untuk rangkaian seluar dalam Calvin Klein yang diarah oleh Sofia Coppola.[17]

Lakonan

Hawke merupakan pilihan Sofia Coppola untuk memainkan watak utama dalam filem The Little Mermaid dalam adaptasi aksi langsung yang dirancang oleh Universal Pictures. Walau begitu, penerbit-penerbit filem tersebut cenderung Chloë Grace Moretz yang lebih terkenal. Perihal tersebut serta konflik lain akhirnya menyebabkan Coppola meninggalkan projek itu.[18] Moretz akhirnya meninggalkan projek itu juga.[19]

Pada tahun 2017, Hawke membuat penampilan sulungnya sebagai Jo March dalam adaptasi siri mini BBC Little Women.[20][7] Peranan terobosan Hawke datang melalui lakonannya sebagai Robin Buckley dalam musim ketiga Stranger Things di Netflix bersama pelakon Joe Keery. Hawke, sebagai Robin, sering muncul dengan watak Joe Keery, iaitu Steve Harrington, sebagai rakan sekerja di kedai ais krim tempatan. Semasa bekerja, Robin dan Steve terserempak dengan misteri yang lebih besar. Premis tersebut mencipta duo yang popular dan digemari ramai penonton.[21][22] Sewaktu beliau berlakon untuk Stranger Things, beliau juga memainkan watak Linda Kasabian dalam filem Quentin Tarantino Once Upon a Time in Hollywood.[23]

Pada Oktober 2018, Hawke diumumkan akan membintangi filem kedua Gia Coppola, Mainstream.[24][25] Beliau memainkan watak Heather dalam filem seram Netflix Fear Street Part One: 1994, yang diterbitkan pada Julai 2021.[26] Pada April 2022, beliau menyertai filem biografi Bradley Cooper tentang Leonard Bernstein, Maestro.[27]

Muzik

Pada Ogos 2019, Hawke mengeluarkan dua single untuk kali pertama yang bertajuk "To Love a Boy" dan "Stay Open".[28] Lagu-lagu tersebut ditulis dan dirakam oleh Hawke dan penyanyi-penulis lagu Jesse Harris yang pernah memenangi Anugerah Grammy.[29] Hawke mengadakan beberapa persembahan headliner secara langsung pada kali pertama sebagai pemuzik di sekitar bandaraya New York pada awal 2020.[30][31] Dalam setiap persembahan tersebut, beliau disokong oleh Benjamin Lazar Davis, Tōth, Will Graefe dan Nick Cianci.[32][31] Pada 18 Mac 2020, Hawke mengeluarkan single "By Myself" serta mengumumkan album sulungnya yang bertajuk Blush.[33] Single kedua album itu, "Coverage", dikeluarkan pada 22 April 2020.[34] Video muziknya yang diarahkan oleh bapanya Ethan Hawke kemudian dikeluarkan pada 28 April.[35] Walaupun pada mulanya album Blush ditetapkan untuk diterbitkan pada 19 Jun 2020, tarikhnya ditangguhkan kepada 21 Ogos 2020 kerana tarikh yang asal serentak dengan berlakunya protes Black Lives Matter 2020.[36] Hawke menulis di Instagramnya, "Saya rasa ini bukan masa untuk promosi diri. Ini adalah masa untuk pengaktifan, pendidikan dan pemeriksaan diri."[37] Untuk menyokong keluaran Blush, Hawke muncul sebagai tetamu muzik buat kali pertama dalam kerjayanya di The Today Show pada akhir Ogos 2020.[38]

Rujukan

WikiPedia: Maya Hawke http://www.smh.com.au/entertainment/maya-hawke-dau... http://www.accesshollywood.com/report-ethan-hawke-... http://www.etonline.com/movies/211045_uma_thurman_... http://www.ew.com/ew/article/0,,283132,00.html http://theater.nytimes.com/2013/01/13/theater/in-h... http://celebritybabies.people.com/2012/10/17/uma-t... http://www.people.com/people/article/0,,1115532,00... http://usatoday30.usatoday.com/life/people/2008-07... http://www.hhogman.se/well-known-swedish-americans... http://www.sydsvenskan.se/kultur--nojen/uma-thurma...